USM TANDATANGANI PERSEFAHAMAN DENGAN HADHRAMOUT ESTABLISHMENT FOR HUMAN DEVELOPMENT YEMEN 7 NOVEMBER 2016
PULAU PINANG, 31 Oktober 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan upacara penandatanganan dokumen persefahaman (MoU) dengan Hadhramout Establishment for Human Development (HEHD) Yemen pada hari Isnin, 7 November 2016, jam 11.00 pagi di Bilik Persidangan Canselori, Aras 6, Bangunan Canselori USM.
Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail akan menandatangani bagi pihak USM manakala HEHD akan diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah HEHD Eng. Sheikh Abdullah A. Bugshan.
HEHD ditubuhkan pada tahun 2006 untuk meningkatkan pembangunan sosial dan ekonomi Yemen dengan keupayaan penyediaan peluang pendidikan dalam kalangan rakyat negara tersebut.
Memorandum Persefahaman ini ialah untuk bekerjasama dalam hal yang berkaitan kemasukan pelajar ijazah pertama dan ijazah tinggi serta Penyelidikan dan Inovasi dan bidang-bidang lain yang dipersetujui bersama.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 828