KSU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI PENGERUSIKAN MESYUARAT JTPK DI USM
USM, PULAU PINANG, 31 Oktober 2016 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Bil 10/2016 di Dewan Persidangan Universiti (DPU) USM pagi ini.
Mesyuarat dihadiri kira-kira 120 orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Universiti Awam serta wakil dari beberapa buah kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya.
Yang hadir sama ialah Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir.
Dalam ucapan alu-aluannya, Asma merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Setiausaha KPT dan Urusetia Mesyuarat atas kesudian memilih USM sebagai tuan rumah untuk mesyuarat kali ini.
Ketua Setiausaha KPT itu kemudiannya turut mengadakan lawatan di sekitar Kompleks Dewan Kuliah USM dan Azman Hashim-USM Sports Arena di kampus USM.
Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1868