USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TEKAD BERUSAHA TINGKAT KERJASAMA UNTUK IMPAK TINGGI PENDIDIKAN TINGGI

IMG 0418

PULAU PINANG, 22 Oktober 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyifatkan bajet yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri sebagai mesra pendidikan tinggi.

"Bajet ini menunjukkan keprihatinan dan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan pendidikan tinggi negara berupaya mencapai kedudukan yang tinggi pada peringkat global untuk 'soaring upwards' dalam memacu kecemerlangannya," kata Asma.

Tegasnya, dengan keyakinanan ini juga USM berhasrat untuk memberikan komitmen yang tinggi dan terus berusaha gigih untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk memberi impak besar melalui pemerkasaan hubungan kerajaan-universiti-industri-komuniti (quadruple helix) dan kemanusiaan.

"Perjalanan kita masih jauh dan kita perlu terus berusaha untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang terbaik," tambah Asma.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1088

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024