USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AMARAN AIR PASANG BESAR - PELAJAR DINASIHAT ELAKKAN AKTIVITI DI KAWASAN TERLIBAT

DSC 0126

PULAU PINANG, 15 Oktober 2016 - Para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dinasihatkan agar mengelakkan mengadakan aktiviti di sekitar kawasan yang boleh menimbulkan bahaya.

Ini adalah lanjutan dari ramalan dan amaran pihak berkuasa bahawa fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada 15-19 Oktober 2016 di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Kedah.

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein juga meminta semua ketua jabatan, dekan dan pengarah di USM untuk menasihatkan pelajar masing-masing untuk tidak berada di kawasan terlibat pada tarikh dan waktu yang diramalkan berlaku fenomena tersebut.

"Saya juga mohon kerjasama semua pihak agar memantau perkembangan ini secara berterusan malah turut menggembleng semua tenaga yang ada untuk memastikan keselamatan pelajar," kata Adnan.

Semua pihak juga boleh maklumkan ke Bahagian HEPA USM sekiranya mempunyai sebarang maklumat dan pertanyaan.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1035

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024