USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PRIHATIN KEPENTINGAN ALAM SEMULAJADI, NOR ATHIRAH HASILKAN 'PAPER CRANES'

14720402 1186550048072693 5584106701950911774 n

PULAU PINANG, 12 Okt 2016 -Keprihatinan Nor Athirah Md Ghazali  akan kepentingan alam semulajadi kepada generasi akan datang mengilhamkannya untuk menghasilkan karya catan yang bertajuk 'Paper Cranes' sekaligus terpilih memenangi tempat ketiga Vision Petron 2016 National Students Art Competition.

"Walaupun dapat tempat ketiga, saya gembira dan bersyukur kerana terpilih antara lebih 900 penyertaan daripada pelbagai institusi dalam negara," kata Nor Athirah, pelajar tahun 2, Seni Halus di Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM).

14725588 1186550001406031 3573219932835468862 n

Menurut Nor Athirah, burung kertas di dalam karya tersebut menjadi simbol kepada alam semula jadi yang diperlukan untuk membuat kertas manakala budak perempuan dengan burung kertas menggambarkan seorang budak yang terdedah kepada alam semula jadi yang hijau dan ikon ini akan membantu menyatukan semula masyarakat dengan alam semula. 

“Saya suka dengan alam semula jadi terutama haiwan dan saya risau lihat yang kanak-kanak masa kini terutama yang tinggal di tengah bandar kurang diberi pendedahan akan kepentingan alam sekitar dan alam semula jadi, maka terhasilah ‘paper cranes’,” kata Nor Athirah yang berasalah dari Kelantan.

“Kejayaan Nor Athirah adalah motivasi kepada pelajar-pelajar lain khususnya pelajar di Bahagian Seni Halus dan pelajar PPS secara amnya dan kami para pensyarah sentiasa memberikan dorongan dan galakan untuk memasuki pertandingan samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” kata Pengerusi Bahagian Seni Halus PPS, Dr. Mohammad Khizal Saat.

14650489 1186549991406032 6002841055380551880 n

14716346 1186550021406029 6665788864458494709 n

“Kemenangan ini adalah salah satu bentuk penghargaan kepada pemenang dan juga memantapkan lagi profil pelajar serta secara tidak langsung menaikkan lagi nama USM,” tambah Mohammad Khizal.

Vision Petron 2016 National Students Art Competition yang dianjurkan buat kali keempat oleh Petron pada tahun ini bertemakan "Rediscovering Nature and Environment" terbuka kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berumur antara 18-28 tahun.

14691133 1186550031406028 4934054772562473419 n

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat dalam kalangan remaja dan memberikan inspirasi kepada golongan muda bakal memimpin masa hadapan.

Teks: Nor Rafizah Md Zain dan Nor Athirah Md Ghazali

Foto: Sumbangan Pusat Pengajian Seni 

  • Created on .
  • Hits: 1340

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024