USM EAGLES NAIB JOHAN KEJOHANAN BOLING SEMPENA SAMBUTAN HARIJADI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG 2016
PULAU PINANG, 9 Oktober 2016 - Pasukan Boling USM Eagles kelmarin menggembirakan warga USM apabila menjadi Naib Johan Kejohanan Boling Sempena Sambutan Harijadi TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang 2016 anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai.
USM Eagles terdiri daripada Mohd Syafiq Sukari dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Afnan Munir Abdul Manan dan Arief Ramadhan Juswa dari Pusat Transformasi Insan.
Pasukan USM Eagles berjaya memperolehi jumlah keseluruhan jatuhan pin sebanyak 2,876 di belakang johan iaitu MB Ipoh B dengan keseluruhan jatuhan pin 2,952.
Selaku Naib Johan, USM Eagles membawa pulang wang tunai RM1,000.00 dan piala.
Sebanyak 38 pasukan menyertai kejohanan yang diadakan di Megabowl, Megamall Seberang Perai yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia dan agensi kerajaan di Pulau Pinang.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Arief Ramadhan Juswa
- Created on .
- Hits: 894