USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

800 ORANG MERIAHKAN LARIAN TERBUKA KELANTAN

1475985838055

KUBANG KERIAN, 8 Oktober 2016 - Hampir 800 orang peserta dari dalam dan luar Kelantan hadir memeriahkan Larian Terbuka Kelantan terdiri daripada pelbagai golongan seperti pelajar sekolah rendah, menengah, Institusi Pengajian Tinggi, kakitangan awam dan swasta.

Acara larian ini dianjurkan oleh Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Sinar Harian serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersempena Hari Sukan Negara.

Menurut Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Dato' Muhammad Abdul Ghani, Larian Terbuka Kelantan menggalakkan masyarakat bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

1475985836989

"Kita dapat mengajak seluruh ahli masyarakat untuk menyertai aktiviti larian hari ini yang memberi faedah kepada kesihatan dan mencegah penyakit gaya hidup sedentari.

"Penglibatan ramai dalam aktiviti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan merapatkan ukhuwah bersama warga USM," ujar beliau semasa merasmikan acara tersebut di Kompleks Sukan 2, USM pagi tadi.

1475985838640

Bunyamini Nator muncul sebagai pemenang utama kategori lelaki veteran manakala Fazliana Ismail pula pemenang kategori Wanita Veteran yang mana masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 beserta pingat dan sijil penyertaan.

Bagi kategori lelaki dan wanita terbuka pula dimenangi oleh Mohd Zafrullah Mohd Nor dan Su Lian Ting yang membawa pulang wang tunai RM400, pingat serta sijil penyertaan.

Kategori lelaki dan wanita junior pula dimenangi oleh Mustaki Hamimi Muhammad dan Nur Dayang Qistina Mohd Rasid yang membawa pulang RM200 berserta pingat dan sijil penyertaan.

1475985838469

Pengarah Program Larian Terbuka Kelantan, Siti Norisha Zahari berkata Larian Terbuka Kelantan dilihat berjaya memupuk semangat kesukanan dan jalinan muhibah dalam kalangan masyarakat negeri Kelantan dan seluruh negara serta membudayakan amalan gaya hidup sihat.

1475985838866

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hj Muhammad Nasir Hamzah; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Zakaria dan Penasihat Program Larian Terbuka Kelantan, Profesor Madya Dr. Mohamed Saat Ismail.

Teks & Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 1336

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024