USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AYCF 2016 : FAHAMI NILAI DAN BUDAYA ASEAN

IMG 0478

USM, PULAU PINANG, 4 Oktober 2016 – Penganjuran The 14th ASEAN & 4th ASEAN +3 Youth Culture Forum 2016 (AYCF 2016) adalah untuk para pelajar institusi pengajian tinggi lebih memahami nilai dan budaya setiap bangsa dari negara ASEAN.

Menurut Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail setiap dari kita perlu untuk bekerjasama dalam memahami dan meneliti setiap budaya sebagai jambatan untuk menyokong agenda keamanan global.

“Kita perlu juga untuk mengetahui impak dan cara bagaimana untuk menilai setiap budaya dan seni,” kata Asma yang merasmikan AYCF 2016 dalam satu majlis makan malam sambil menyaksikan pementasan teater Puteri Gunung Ledang yang sungguh memikat hati penonton oleh para pelajar USM.

IMG 0500

IMG 0585

IMG 0586

Dr. Choltis Dhirathiti, Timbalan Pengarah Eksekutif, ASEAN University Network (AUN) pula berkata AYCF yang mula dianjurkan pada tahun 2003 adalah penting kerana program sebegini dapat mentafsirkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam persembahan dan sesi perkongsian ilmu. 

“AYCF 2016 adalah penganjuran kali ke-14 dengan penyertaan dari 9 buah negara ASEAN dan juga tiga buah negara luar iaitu Jepun, Korea Selatan dan China dengan peserta lebih 300 orang,” tambah Choltis.

IMG 0601

IMG 0612

IMG 0639

IMG 0643

Antara negara yang mengambil bahagian adalah Brunei Darussalam, Cambodia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Bertemakan “ASEAN in Love: Love Through Culture and Arts Towards Unity in ASEAN Community”, AYCF 2016 akan menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan bermula  hari 5-7 Oktober ini termasuk bengkel boria, persembahan pelajar Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM), lawatan ke tapak UNESCO di Georgetown dan pameran dari negara-negara yang terlibat.

IMG 0667

IMG 0687

Turut hadir ialah suami Naib Canselor, Profesor Dr. Ahmad Zakaria;  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang juga Pengerusi AYCF 2016 Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dan Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya USM, Dr. Muhizam Mustafa.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1398

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024