USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PENERAJU BAGI PENUBUHAN MYALUMNI COUNCIL UNTUK NEGARA KAZAKHSTAN

DSCF5905

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Perhubungan Alumni (PPA) telah berjaya menubuhkan MyAlumni Council bagi negara Kazakstan dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Hilton Garden Inn, Astana, Kazakhstan pada 26 September lalu.

“MyAlumni Council di Kazakhstan ini penting bagi menjadikan semua alumni sebagai ‘Duta Kecil’ bagi Malaysia dalam membantu mengembangkan lagi pendidikan tinggi di Malaysia melalui peranan MyAlumni seperti membantu mempromosikan pendidikan, menjalinkan hubungan dan kolaborasi di antara universiti kedua-dua buah negara dan memantapkan pangkalan data alumni universiti Malaysia di Kazakhstan,” kata Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Dato’ Hidayat Abdul Hamid yang melancarkan majlis tersebut.

 

DSCF5882 

Program sehari ini dimulakan dengan taklimat mengenai Malaysian Global Outreach oleh Kluster MyAlumni yang terdiri daripada 12 orang Pengarah/Ketua Pusat Alumni dari Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US). Ini diikuti dengan penerangan mengenai peranan MyAlumni Council yang terdiri daripada alumni universiti-universiti Malaysia melibatkan sembilan orang yang telah dipilih untuk menganggotai majlis tersebut.

Kesemua alumni juga telah berpeluang untuk beramah mesra dengan para pegawai dari Kedutaan Malaysia, Matrade, Tourism Malaysia, Pengarah MEC di Kazakhstan dan pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk rekod, terdapat 1300 orang alumni Malaysia di Kazakhstan Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan juga menawarkan segala kemudahan dan penasihatan melalui pejabat Kedutaan Malaysia bagi membantu aktiviti MyAlumni Council di Kazakhstan.

 IMG 6961

Pengarah PPA USM, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata,penubuhan MyAlumni Council adalah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang ke-2 (PSPTN 2) iaitu Malaysia’s Global Reach: A New Dimension yang bertujuan untuk membangunkan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa melalui Lonjakan 8: Keunggulan Global iaitu pengukuhan MyAlumni.

“Harapan saya semoga program ini dapat mengukuhkan lagi kehadiran dan jenama Malaysia dalam dunia melalui ‘soft power’. “Strategi utama ialah dengan memanfaatkan hubungan alumni pelajar demi pengantarabangsaan di seluruh dunia melalui Kluster MyAlumni dan ini adalah cluster ialah yang ke-9 selepas di Myanmar, Kemboja, Thailand, Indonesia, Vietnam, China, Turki dan Bosnia Herzegovina,” kata Wan Ahmad Jaafar.

Para delegasi dari Malaysia turut diraikan dalam satu majlis makan malam di Rumah Malaysia, melawat dan berkongsi pengalaman dengan pejabat Alumni di Nazarbayev University, kilang pemproresan makanan halal yang dipunyai oleh seorang tokoh perniagaan melalui usahasama Malaysia-Kazakhstan dan diakhiri dengan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Malaysia.

 DSCF5929

Turut hadir ialah Datuk Dr. Abu Bakar Mat Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Anushela Muniandy, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Haikal Hanib, Pengarah Bahagian Perdagangan (Matrade), Norliza Md Zain, Pengarah Tourism Malaysia di Kazakhstan, Dr. Ali Sher, Pengarah, Malaysia Education Center (MEC), Kazakhstan, ahli-ahli Kluster MyAlumni, KPT dan pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia di Astana serta kehadiran seramai 50 orang alumni universiti-universiti di Malaysia dari Kazakhstan.

Teks: Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar / Foto: Nur Haziqah Zulkifli.

  • Created on .
  • Hits: 1127

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024