USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR BERTEKAD MEMBAWA USM MENJAYAKAN PPPM (PT) DAN AGENDA APEX

IMG 0284

PULAU PINANG, 4 Oktober 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Haji Ismail bertekad untuk memastikan USM menjayakan sepenuhnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) dan agenda Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) dengan memastikan seluruh warga memahami aspirasi tersebut.

“Kita perlu berubah dan merealisasikan semua usaha yang dirancang dalam konteks negara dan dunia, menjadi pemimpin yang terbaik yang melibatkan seluruh warga dan sentiasa bekerja bersama-sama dengan semua pihak lain, kita perlu keluar dan membangunkan kerjasama, mendapat pengalaman baharu, membina jaringan baharu dan bergerak pantas dalam dunia yang memerlukan kepantasan kita  membuat keputusan dan mendapatkan fakta,” kata Asma.

IMG 0217

IMG 0201

IMG 0231rg

Tambahnya lagi, inilah universiti kita bersama dan yang perlu bergerak bersama-sama dengan mengukuhkan kekuatan yang ada dengan mencapai kejayaan bukan sekadar memberikan arahan tetapi berusaha untuk saling menyokong dalam menjayakan hasrat yang kita inginkan.

“Saya percaya kita mempunyai semua kekuatan dan kepakaran yang diperlukan untuk mara ke hadapan dengan jayanya,” kata Asma.

Beliau berkata demikian ketika bertemu ketua-ketua jabatan di USM. Sebelum itu, Asma bertemu Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) setelah melapor diri hari ini.

IMG 0143

IMG 0131

Terdahulu, berlangsung upacara menyerah tugas daripada mantan Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Omar Osman kepada Asma. Omar menyandang tugas Naib Canselor sejak September 2011.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1355

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024