USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUMBANGAN BANTU PELAJAR KEBAKARAN RUMAH

PULAU PINANG, 2 Oktober 2016 - Pelajar tahun 2, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK), Mohd Ikhwan Abd Halim kurang bernasib baik apabila sebahagian dari rumahnya di Taman Sri Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu hangus dijilat api.

Menurut Ikhwan, bahagian dapur hangus dan api merebak sedikit ke bahagian bilik dan kerugian dianggarkan lebih kirang RM20,000.

"Kebetulan pada hari Jumaat kelmarin sejurus tiba di sana selepas Subuh, saya menelefon ibu untuk mengambil saya dan ketika itu ibu saya sedang memasak dan mungkin dapur gas terlupa untuk ditutup," kata anak bongsu dari tiga beradik ini.

Jelas lanjutnya, setelah tiba di rumah selepas diambil oleh ibunya, beliau melihat sudah ramai orang berada di rumah untuk memadam kebakaran dan mujur Bomba pun tiba selepas itu bagi meredakan keadaan.

Ayah Ikhwan yang bekerja sebagai seorang kerani mengalami cedera dan lecur di bahagian belakang badan serta kaki dan juga tangannya akibat membantu memadamkan kebakaran rumahnya.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar PP Sains Kemasyarakatan, Mohamad Iberahim Mohd Kifri dalam laman sosial Facebooknya telah merancang mengadakan program kutipan sumbangan bagi membantu Ikhwan.

Kutipan tersebut akan dijalankan seperti ketetapan 4-6 Oktober 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di Foyer PPSK dan sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun ibu Ikhwan, Rusian Binti Sulong (13-017-02-832221-6, Bank Islam).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 894

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024