USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BERSEDIA DENGAN LEDAKAN TEKNOLOGI MASA KINI

USM, PULAU PINANG, 27 September 2016 – Ledakan teknologi komunikasi pada ketika ini membawa fenomena baharu apabila ia tertumpu kepada penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.  

Pakar Pervasive Computing, City University London merangkap Pengarah Imagineering Institute, Iskandar Malaysia Prof. Dr. Adrian David Cheok berkata, perkembangan itu menuntut setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini jika tidak mahu ketinggalan disebabkan kecanggihan teknologi.

“Di seluruh dunia kini heboh tentang permainan ‘Pokemon Go’ yang merupakan aplikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi) yang telah menjadi trend masa kini di seluruh dunia,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Antarabangsa Kreatif Media, Rekabentuk dan Teknologi 2016 (REKA 2016) anjuran Pusat Pengajian Seni (PPS), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

REKA 2016 adalah persidangan kali kedua yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk dari Thailand, Indonesia dan Arab Saudi.

Tambahnya seiring dengan kemajuan teknologi, generasi muda kini dilingkari dengan media sosial seperti Twitter, Facebook, Blog, Instagram dan digayakan lagi dengan gajet teknologi terkini seperti telefon pintar, notebook dan tablet yang membolehkan mereka hidup dalam dunia mereka sendiri.

“Gajet teknologi terkini membolehkan capaian maklumat isu semasa lebih pantas sekaligus menjadikan generasi ini lebih kritis terhadap perkembangan negara dan dunia," jelasnya.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 725

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024