PERHIMPUNAN ALUMNI ISDEV PERTAMA MERIAH
PULAU PINANG, 18 September 2016 – Perhimpunan Alumni ISDEV (PAI-1) buat pertama kalinya dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) disambut meriah dengan kehadiran lebih 100 orang peserta dalam kalangan tenaga pengajar, alumni dan pelajar ISDEV dan disertai oleh ahli keluarga masing-masing.
“Saya dapat banyak pengalaman melalui perkongsian daripada alumni dan jika sebelum ini saya cuma mengenali mereka melalui nama, dalam program ini saya dapat berinteraksi dengan mereka secara langsung” kata Siti Fatimah Mohd Razali, pelajar Sarjana ISDEV.
“Program ini berjaya menerapkan kefahaman dalam diri peserta terhadap perjuangan ISDEV di samping istiqamah dalam perjuangan sama ada untuk menuntut ilmu mahupun melaksanakan ilmu yang telah dipelajari,” kata calon Doktor Falsafah yang juga ahli jawatankuasa PAI-1, Raudha Md Ramli.
PAI-1 diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk perkongsian akademik, riadah fizikal dan sesi ramah mesra sesama peserta.
PAI-1 membuka peluang untuk menghubungkan ukhuwah dan mengeratkan silturrahim serta membolehkan pelajar untuk untuk mencedok pengalaman alumni dalam menjalani pengajian mereka.
Penganjuran kali pertama ini diadakan selama dua hari bermula pada 17 September 2016 bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau, Pulau Pinang.
Teks: Wan Norhaniza Wan Hasan /Foto: Nur Inani Ismail
- Created on .
- Hits: 1124