USM JAYAKAN WORLD QURAN HOUR
PULAU PINANG, 11 September 2016 - Komunuti kampus dan khariyah masjid Universiti Sains Malaysia (USM) turut menjayakan program bacaan Al-Quran serentak World Quran Hour.
Menurut Pengarah Pusat Islam USM Profesor Dato' Dr. Muhamad Idiris Saleh, lebih 350 orang memenuhi Mesjid Al-Malik Khalid termasuk Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman sejak jam 8.30 pagi.
"Majlis diisi dengan bacaan Al-Quran, surah Hajj dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamrus Hj. Mohd Ali dan Ustaz Zayd Zhari yang diikuti oleh semua yang hadir di samping kemudiannya diadakan tafsir Al-Quran," katanya.
Sementara itu Kampus Kesihatan USM Kelantan turut menganjurkan program yang sama dengan dihadiri oleh oleh 100 orang bermula jam 8.30 pagi di Masjid Mukim Kampus Kesihatan itu dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya yang turut dihadiri Penolong Naib Canselor/Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dato' Dr Mafauzy Mohamed.
Timbalan Pengarah Pusat Islam, Profesor Madya Dr. Wan Nudri Wan Daud berkata, program ini diharapkan mendapat sambutan daripada masyarakat seluruh dunia sebagaimana program Earth Hour sebagai permulaan yang baik sebagai simbolik kepada Hari Arafah yang dilalui oleh jemaah haji di Mekah dan kita di sini turut berkumpul membaca Al-Quran bersama-sama.
Bacaan Al-Quran bukan sahaja diadakan di masjid malah turut dipanjangkan ke wad-wad Hospital USM yang mana petugas dan pesakit bersama-sama membaca Al-Quran selama satu jam.
Selain daripada itu, Pusat Islam Kampus Kesihatan juga turut mengadakan kempen Berpuasa Hari Arafah dan majlis berbuka puasa akan diadakan di masjid berkenaan.
Teks: Mohamad Abdullah & Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly
- Created on .
- Hits: 1106