USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPSP USM WUJUDKAN ‘DIRECTORY OF EXPERTISE’

untitled

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 September 2016 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan laman sesawang 'Directory of Expertise' (www.medic.usm/expertsppsp) bagi menarik minat lebih ramai penyelidik di dalam dan luar negara meneroka kepakaran bersama sebagai platform untuk kepakaran pensyarah-pensyarah PPSP dalam satu pangkalan data.

Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan PPSP yang juga Pengerusi Jawatankuasa 'Directory of Expertise', Profesor Dr. Rosline Hassan, pangkalan data ini memudahkan bakal penyelidik dan siswazah serta agensi dan pelbagai institusi dari serata dunia memilih bidang kepakaran untuk terokai melalui carian yang disediakan.

untitledioh

Jelasnya, usaha ini adalah sebahagian daripada hasrat untuk merealisasikan keputusan makmal 'Branding and Global Prominence' dalam menonjolkan penyelidikan pensyarah sebagai rujukan yang mengandungi maklumat seperti hasil penyelidikan, profil pensyarah secara umum, penerbitan, penyelidikan, anugerah serta yang uniknya dalam profil setiap pensyarah dimasukkan juga Scopus ID, research ID dan Orcid ID.

Pelancaran disempurnakan oleh Dekan PPSP, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks/Foto: Shazleen Hashim

  • Created on .
  • Hits: 1333

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024