USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC SERU REBUT PELUANG DAPAT SIJIL APEX SCHOLAR

USM, PULAU PINANG, 30 Ogos 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menyeru untuk pelajar baharu sidang akademik 2016/2017 untuk merebut peluang untuk mendapat sijil APEX Scholar yang baharu diperkenalkan.

"Sijil ini akan diberikan setelah melengkapi beberapa kriteria termasuk akademik, kepimpinan, kesukarelawanan yang mana sijil ini akan diberikan sebagai tambahan kepada ijazah yang semua pelajar perolehi," katanya ketika jamuan makan malam bersama penghuni Desasiswa Tekun yang menjadi tuan rumah untuk majlis itu pada tahun ini.

"Saya berharap pelajar akan mengimbangi di antara akademik dan juga kokurikulum dan tidak semata-mata mengejar MyCSD dan meninggalkan pelajaran," tambah Naib Canselor.

Sementara itu, Penggawa Desasiswa Tekun Dr. Nazarudin Zainon memberikan taklimat mengenai perkara yang boleh dan tidak di desasiswa termasuk larangan menghisap rokok di seluruh kawasan USM.

Turut hadir ialah isteri Naib Canselor, Datin Noraizan Jamaludin dan juga pengurusan desasiswa.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 788

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024