USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA PELAJAR USM TERPILIH SERTAI MISI YSS KE PERANCIS

untitledghj 

PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Zurianah Ismail dan Nurul Azlinda binti Ab Razak terpilih untuk ke Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Perancis di bawah Projek 'Kitchen in Calais' selama 2 minggu bermula 28 Ogos hingga 15 September 2016.

'Calais Jungle' atau Kem Pelarian Transit Calais merupakan lokasi persinggahan bagi pelarian dari negara bergolak yang berhasrat meneruskan perjalanan ke United Kingdom merentasi Selat Dover yang mana berisiko tinggi dan kini, lebih kurang 6,000 pelarian berada di dalam kem pelarian transit ini atau lebih dikenali dengan panggilan 'Calais Jungle'.

Atas inisiatif ingin membantu pelarian ini, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mengambil inisiatif untuk menghantar seramai 6 orang sukarelawan siswa menerusi 'pilot mission' di negara maju menerusi Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Perancis di bawah Projek ‘Kitchen in Calais’.

untitledgh

Menurut Siti Zurianah, Misi Sukarelawan Siswa YSS ini bertindak membantu kem pelarian transit bagi menyediakan makanan kepada lebih 1,000-1,500 orang pelarian di kem tersebut setiap hari selama dua minggu yang mana mereka perlu menyediakan makanan dua kali sehari secara konsisten dan membaik pulih fasiliti yang terdapat di situ.

"Walaupun sedang dalam program Felo Perdana kepada Menteri Pertanian, saya tetap diberi kepercayaan oleh YSS untuk menyertai misi ini dan merupakan titik tolak permulaan misi sukarelawan di kawasan pelarian," jelas Tokoh Sukarelawan Siswa, Kategori Sukarelawan Terbaik, Anugerah Tokoh Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi tahun 2015 ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1155

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024