USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANAK PETANI ANTARA PELAJAR BAHARU USM

IMG 9132

USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Siti Salwani Jusoh, 20, anak seorang petani dan suri rumah yang memperolehi keputusan STPM Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 tahun lalu antara 3,700 orang pelajar baharu yang mendaftar program ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Siti Salwani juga adalah antara 364 orang pelajar yang memasuki melalui saluran University Social Responsibility (USR) iaitu konsep pengambilan Bottom Billion atau B40 yang memberi ruang kepada pelajar daripada golongan tercicir untuk melanjutkan pengajian di USM.

IMG 9103

"Saya bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajian di USM iaitu universiti terbaik di Malaysia dan berharap dapat belajar dengan baik," kata Siti Salwani yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan.

Ketika ditanya mengenai rahsia belajar dengan cemerlang, Siti Salwani berkata dia sering berjumpa dengan guru jika ada soalan yang tidak faham dalam pembelajaran.

IMG 9118

Hal ini diakui oleh bapanya, Jusoh Awang, 67 yang berharap anaknya terus bertanya dalam pembelajaran dan tidak sombong apabila berada di puncak.

"Saya berharap, Siti Salwani akan dapat meneruskan pelajaran dengan cemerlang dan para pelajar yang lain dapat membantunya," kata Jusoh.

"Alhamdulillah persiapan pengajian semuanya berjalan lancar dan diuruskan sendiri oleh Siti Salwani," tambah bapanya.

Siti Salwani, anak kelima dari sembilan adik-beradik hari ini mendaftar ditemani bapanya dan ibunya Rohana Husin, 53 serta saudara mereka yang menetap di Pulau Pinang.

Mereka ditemui ketika sidang media pendaftaran pelajar baharu USM yang dipengerusikan oleh Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, wakil Naib Canselor.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 2005

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024