LEBIH 3,600 PELAJAR BAHARU MENDAFTAR DI USM
USM, PULAU PINANG, 28 Ogos 2016 - Lebih 3,600 pelajar baharu meraikan detik manis bergelar warga Universiti Malaysia Sains (USM) apabila mendaftar untuk sesi kemasukan 2016/2017 secara serentak di ketiga-tiga kampus USM hari ini.
Selain di kampus induk Pulau Pinang yang menerima pendaftaran 2,499 pelajar, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal turut menerima 541 pelajar baharu manakala di Kampus Kesihatan, Kelantan menerima 614 pelajar.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan berkata, USM telah menawarkan tempat kepada yang layak melalui pelbagai saluran kemasukan termasuk perdana, orang kelainan upaya (OKU), golongan berpendapatan rendah (B40), warga sukan, budaya dan warga emas.
"Untuk kategori B40 misalnya, USM mengekalkan konsep pengambilan bottom billion dengan memberi ruang dan peluang kepada pelajar daripada golongan tercicir dan kurang berkemampuan.
"Kira-kira 364 calon terpilih dan ditawarkan tempat di ketiga-tiga kampus bagi kategori ini," katanya ketika mempengerusikan sidang media khas sempena hari pendaftaran pelajar baharu USM di kampus induk, di sini hari ini.
Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 3436