KOLABORASI USM-PMTG SALUR KEPAKARAN PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
SEBERANG JAYA, 26 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menjalin kerjasama strategik bersama Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) melalui penawaran kepakaran pembangunan multimedia, video dan perfileman melalui Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) serta progam latihan industri selama setahun.
Penolong Naib Canselor, Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Mahmood berkata, usaha ini membolehkan USM berkongsi teknologi dan maklumat yang kita miliki seterusnya mengembangkan ia kepada pihak luar yang memerlukan.
"Terima kasih PMTG kerana memilih USM sebagai lokasi 'Work-Based Learning' untuk pelajar dalam pengkhususan Diploma Pengajian Video dan Filem yang akan didedahkan kepada latihan dan praktikal yang sesuai dengan permintaan industri selepas mereka tamat pengajian kelak,” katanya yang mewakili Naib Canselor USM bagi menandatangani MoU ini di Hotel Sunway, di sini hari ini.
Yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Y.B. Hj. Omar Hj. Abdul Hamid; Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Pendidikan Politeknik, Shabudin Man; Pengarah Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Abdul Malek Hassan dan wakil industri.
Seramai 30 orang pelajar kumpulan pertama dalam bidang tersebut akan ditempatkan di USM untuk menjalani latihan industri.
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
- Created on .
- Hits: 1167