USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HATI SAYA TETAP DENGAN USM- ZAHARAH

IMG 8751

PULAU PINANG, 25 Ogos 2016 – "Hati saya tetap dengan USM dan saya tidak menerima segala tawaran yang diterima dari tempat lain,” kata pesara Ketua Penolong Pendaftar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) , Universiti Sains Malaysia,  Zaharah Mohamed.

Zaharah,52 yang memulakan kerjaya sebagai Pembantu Tadbir telah menerima pelbagai tawaran setelah tamat pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan juga sarjana di Universiti Utara Malaysia dalam bidang pengurusan sumber manusia.

“Namun, pilihan saya adalah USM dan saya tidak tersalah membuat pilihan kerana di sini kerjaya saya telah berkembang dan meningkat,” katanya ketika menghadiri Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan 13 orang pesara skim N (Pegawai Tadbir) tahun 2016 anjuran Bahagian Sumber Manusia.

Zaharah yang bersara secara pilihan bagi menjalankan perniagaan berkata, syarikatnya Zaqsolution Sdn. Bhd. akan melancarkan produk minuman kesihatan khas untuk penjagaan mata tidak lama lagi di samping perniagaan pakaian yang telah dimulakan pada tahun lalu dan aktif sejak bersara  1 Ogos lalu.

IMG 8777gfh


“Saya terhutang budi kepada USM khususnya PPKA yang banyak menjadikan saya lebih berdisiplin dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya,” tambah Zaharah yang mempunyai tiga orang cahayamata. .

Zaharah mula berkhidmat dengan USM pada  1 April 1986 dan pernah bertugas di Pusat Pengajian Teknologi Industri (dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengajian Sains Gunaan), Kampus Cawangan Perak di Tronoh dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal.

Teks: Nor Rafizah Md Zain

Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 874

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024