USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM DIJEMPUT MERIAHKAN AUSM AWESOME NITE

 

 

 

1 alumni awesome

Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) menjemput bekas pelajar USM (alumni USM) untuk memeriahkan Program AUSM AWESOME NITE yang akan diadakan pada hari Khamis, 13 Oktober 2016, jam 8.00 malam di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Presidennya Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini adalah program yang dijenamakan semula dari siri Malam Sirih Pulang Ke Gagang yang diadakan dua tahun sekali dengan tema 'Simply Awesome' yang akan turut menobatkan Tokoh Alumni USM. Sebahagian sumbangan melalui pembelian meja untuk majlis ini akan turut disumbangkan kepada Majlis Kanser Negara (MAKNA).

"Canselor USM DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid akan turut berangkat ke majlis kali ini,"kata Dzulkifli.

Tambahnya lagi, program ini juga adalah untuk meraikan ulang tahun ke-45 bertapaknya kampus USM di Minden Pulau Pinang.

Semua alumni USM dijemput untuk menghadiri majlis ini atau memberi sumbangan menaja acara ini dengan menghubungi Dato' Mohd. Hasnulhisham Yaakob (019-2638801), Shaifubahrim Mohd. Salleh (012-2018292) atau Kalpana Munusamy Naidu (0195518633) atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teks: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 5686

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024