1,000 STAF DIJANGKA BERSARA MENJELANG 2020
USM PULAU PINANG, 25 Ogos 2016 – “Walaupun tidak lagi bertugas di sini, sesekali datanglah menjenguk kami di sini ,” kata Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman kepada 13 orang pegawai pentadbiran yang telah dan akan bersara dalam masa terdekat ini yang diraikan dalam majlis Jasamu Dikenang Pegawai Tadbir USM 2016.
"Saya berharap walaupun sudah berpencen akan terus kembali ke USM untuk berbakti dan dapat mengenang kembali tempat kita mencari rezeki dan bertemu dengan menjaga nama baiknya walau pun ada yang kita mungkin tidak berpuas hati,” katanya.
Pengarah Sumber Manusia, Dr. Musa Ali pula berkata, menjelang tahun 2020, lebih 1,000 orang staf USM akan bersara sama ada secara pilihan atau pun bersara tetap.
“Pada tahun 2015 seramai 218 staf USM bersara iaitu 78 orang bersara pilihan dan selebihnya adalah bersara wajib,” kata Musa.
Tambahnya, pada tahun 2016, di kampus induk sahaja seramai 177 staf akan bersara wajib dan 42 staf bersara pilihan.
Yang hadir sama ialah isteri Naib Canselor Datin Noraizan Jamaludin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan dan isteri Datin Suraya Kassim serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri Datin Dr. Aishah Knight.
Teks: Syuhada Abd Aziz
Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 915