USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

68 PELATIH KOR SUKSIS USM DITAULIAH DI UPM

14079517 1159784804067328 8949152378108172937 n

SERDANG, 21 Ogos 2016 - Seramai 68 pelatih Kor Suksis Universiti Sains Malaysia (USM) ditauliahkan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Perlantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam (UA) KE-12 tahun 2016 di UPM.

Yang mentauliahkan para pelatih Kor Suksis adalah YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim.

Menurut Timbalan Komandan Kor Suksis USM, YDH Supt/KS Dr. Nazaruddin bin Zainun, universiti cukup bangga dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih Kor Suksis USM dan 100% pelatih berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun yang terdiri dari 33 lelaki dan 35 perempuan.

untitledvhmhv

untitledbhuk

"Pelatih Kor SUKSIS USM mendapat pengiktirafan yang tinggi dengan seramai 39 pegawai dilantik sebagai Inspektor Polis pada tahun 2016 dan mulai tahun 2017, kita akan menubuhkan ALUMNI Kor Suksis," katanya.

Pelatih Keseluruhan Terbaik diterima oleh Muhammad Khairi bin Noor Azli; Pelatih Terbaik Latihan Luar, Siti Syakirah binti Abdullah; dan Pelatih Terbaik Latihan, Rabi'atul Adawiyah binti Abdul Rahman.

Komandan Kor Suksis USM Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal mengucapkan tahniah kepada semua inspektor sukarelawan yang berjaya menerima sijil pada majlis ini dan berdoa agar mereka akan berjaya dalam kerjaya mereka selepas graduasi dan latihan kepolisan selama 3 tahun yang dilalui memberi mereka kelebihan jika mereka memilih untuk menyertai PDRM kelak.

untitledgfj

Yang turut hadir dari USM ialah YDH ACP/KS Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, DSP/KS Dr. Mohd Adi Firdaus Tan Abdullah, ASP/KS Zulkifli Che Hussin, YDH ASP Azmi bin Shukor.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zulkifli Che Hussin

  • Created on .
  • Hits: 2323

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024