USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAAK USM BANTU SITI SALWANI JUSOH

abeyoh22

PULAU PINANG, 20 Ogos 2016 - Sikap prihatin membantu mereka yang memerlukan bantuan diteruskan oleh para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Himpunan Anak-Anak Kelantan (HAAK) dengan inisiatif membantu bakal pelajar USM sidang akademik 2016/2017, Siti Salwani Jusoh, 20.

Penasihat HAAK USM, Zulkifli Che Hussin berkata, ini adalah tanggungjawab sosial persatuan anak negeri yang berdaftar dan sebagai duta USM untuk membantu pelajar dari Kelantan.

"HAAK sentiasa menjaga kebajikan dengan membantu mereka bagi menyahut saranan USM untuk membantu golongan terkebawah atau the bottom billion," jelasnya.

1471749010491

1471749058296

HAAK memberi sumbangan  barang keperluan dapur semasa lawatan ke rumah keluarga untuk pendaftaran Siti Salwani ke USM oleh saudara terdekatnya di Sungai Nibong Pulau Pinang yang akan menginap di Desasiswa Aman Damai di samping menerima bantuan dari pertubuhan sukarela dan individu-individu tertentu.

Seramai 7 orang ahli HAAK USM terlibat dalam pemberian sumbangan dan bantuan ini di rumah penerima di Bunut Kasar Pasir Mas Kelantan.

Siti Salwani merupakan anak kelima daripada sembilan orang adik-beradik dan ayahnya merupakan seorang peniaga sayur yang berpendapatan sekitar RM700 sebulan yang digunakan untuk perbelanjaan empat orang adiknya yang masih bersekolah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Zulkifli Che Hussin

  • Created on .
  • Hits: 1243

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024