USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGANJURAN NRIC BAGI TAHUN KE-10 LEBIH MERIAH

IMG 8261gjk

PULAU PINANG, 17 Ogos 2016 -  Penganjuran Novel Research and Innovation Competition (NRIC) 2016 oleh Majlis Pewakilan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tahun kesepuluh lebih meriah dengan 101projek dan 404 orang perserta yang bertanding termasuk dari negara-negara jiran  dan India.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), USM Profesor Dato’ Dr Adnan Hussein berkata penglibatan NRIC bagi setiap tahun meningkat dan pada tahun ini buat pertama kalinya, Annapoorana Medical College and Hospital dari India menghantar projek untuk bertanding.

“USM sebagai sebuah universiti APEX menyokong aktiviti yang memperkasakan pelajar melalui inisiatif dalam membangunkan pemikiran kreatif dan inovatif dan saya sangat teruja untuk menyaksikan pelbagai projek ‘novel’tersebut.

IMG 8291ghj

“Saya berharap jalinan kerjasama antara pelajar dan juga staf USM dapat diperkukuhkan supaya NRIC akan dapat menjadi program yang lebih besar serta menarik penyertaan dari negara selain  Asia Tenggara,” tambah Adnan dalam ucapan perasmian NRIC 2016 pagi ini.

Menurut Pengarah Projek NRIC 2016, Tan Kar Yap program tahunan ini memainkan peranan yang penting dalam membantu membangunkan penyelidikan yang lebih berprestij serta dapat membuka peluang-peluang kepada pelajar dalam memikat pihak industri.

“Saya berharap NRIC 2016 akan mencungkil bakat-bakat muda serta mempamerkan idea dan inovasi yang terbaik dan boleh di bawa ke peringkat  yang lebih tinggi,” tambah Tan.

adnan12

adnan13

NRIC 2016 bertemakan ‘Transformorphosis: Outshining the Innovationalities’ ini mempertandingkan projek dalam 7 kategori iaitu Sains Hayat, Sains Kesihatan dan Perubatan, Sains Fundamental, Kejuruteraan dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Transformasi Sosial dan Seni Kreatif.

Turut dianjurkan serentak adalah Community Research and Innovation Competition (CoRIC) dan Innovation Pitch Challenge (IPC) yang menyediakn platform kepada bakat muda untuk membentangkan idea bagi melaksanakan perubahan serta menekankan kepada aspek kelestarian.

NRIC 2016 akan berlangsung dari 17-18 Ogos 2016 bertempat di Dewan Utama Pelajar (berhadapan Padang Kawad), USM Pulau Pinang dan orang awam dijemput hadir. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain

Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 861

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024