NAIB CANSELOR UCAP SELAMAT HARI POLIS KE-208
Pulau Pinang, 25 Mac 2015 -Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta seluruh anggota PDRM.
“Üniversiti menyanjung tinggi segala pengorbanan dan jasa seluruh anggota keselamatan negara termasuk pasukan PDRM yang menjaga keamanan dan keselamatan negara selama ini dengan begitu baik,”kata Omar.
Tambah beliau, negara ini bertuah kerana mempunyai pasukan keselamatan yang profesional dan sentiasa mempertahankan keamanan demi kesejahteraan rakyat dan negara ini yang bertugas tanpa mengenal penat lelah walau pun tatkala rakyat menyambut pebagai perayaan dalam suasana aman malah juga sanggup berkorban apa sahaja tatkala negara menghadapi bencana seperti mana ketika banjir melanda negara hujung tahun lalu.
“Universiti amat menghargainya dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan membantu seluruh anggota dengan apa cara yang boleh termasuk bersama-sama menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kecekapan anggota jika diperlukan,”tambah Omar.
Beliau juga berbangga kerana USM turut mempunyai Kor Sukarelawan Polis Siswa-siswi (SUKSIS) yang ditubuhkan sejak 30 Mei 2005 dan kini telah menghasilkan hamper 400 orang sukarelawan polis yang kini berada di seluruh negara.
“Syabas dan tahniah kepada PDRM dan kita berdoa agar Allah s.w.t akan sentiasa merahmati dan melindungi seluruh anggotanya serta menerima mereka yang telah terkorban selama ini sebagai hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,”kata Omar lagi.
Selamat Hari Polis Ke-208. Syabas dan tahniah kepada seluruh anggota PDRM seluruh negara. Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1269