USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

'GE BOOTCAMP' BANTU PERSIAP GRADUAN DAN LEPASAN SISWAZAH KE KANCAH KERJAYA SEBENAR

IMG 20160815 WA0001

PULAU PINANG, 13 Ogos 2016 - Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) dengan usahasama TalentCorp Malaysia telah menganjurkan program "GE Bootcamp 2016" pada 11-13 Ogos 2016 di Kompleks Cahaya Siswa di mana USM menjadi tuan rumah bagi peringkat zon utara bagi tahun ini.

"GE Bootcamp" ini adalah satu program kerjaya yang berdurasi selama 3 hari 2 malam dan terbuka kepada umum khususnya untuk para lepasan siswazah yang masih mencari kerja dan ianya turut disertai oleh siswazah USM.

Menurut Pegawai Penyelaras Program, Aizat Hisham Ahmad, GE Bootcamp ini ternyata memberi peluang dan kemahiran kepada para lepasan ijazah (fresh graduate) khususnya dari USM dalam mempersiapkan diri mereka untuk masuk ke kancah kerjaya di pasaran.

"Inisiatif antara Talentcorp Malaysia dan USM ini harus diteruskan lagi bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan program ini perlu diadakan pada setiap tahun untuk memberi peluang kepada peserta mempersiapkan diri mereka untuk alam kerjaya di masa hadapan," jelasnya.

Tambahnya, program sebegini selaras dengan halatuju pendidikan tinggi negara dalam menghasilkan graduan yang berdaya saing dan relevan dengan pasaran kerjaya pada masa kini yang kian mencabar.

IMG 20160815 WA0006

"Antara modul program yang dijalankan adalah berkaitan dengan etika dandanan (grooming), talent matching, cover letter/CV review, mengenali syarikat anda, soalan berkaitan temuduga/perkara boleh dan tidak boleh dilakukan ketika temuduga dan 'unleashing your thinking'," ujarnya lagi.

Sementara itu, pihak Talentcorp memberitahu bahawa program ini dapat memberi peserta peluang mempelajari cara membuat Resume/CV yang lebih berkesan untuk bakal majikan, berpengalaman melalui bengkel sesi temuduga sebenar, sesi dandanan yang berkesan dan cara berkomunikasi dengan baik.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ketua Pembangunan Bakat (Graduate Employability) Talentcorp Malaysia Siti Norliza Mohd Sahar dan turut diadakan juga adalah sesi temuduga selepas penutupan ini.

Program ini disertai oleh 150 orang peserta dan antara syarikat yang terlibat adalah Jabil Circuit, Dell, Keysight dan lain-lain lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1068

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024