USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CALON-CALON KEMASUKAN KE USM DIMINTA SAHKAN PENERIMAAN PALING LEWAT 14 OGOS

SEMAKAN KEPUTUSAN

USM, PULAU PINANG, 12 Ogos 2016 - Calon-calon yang ditawarkan mengikuti  pengajian ijazah pertama di Universiti Sains Malaysia (USM) diminta mengesahkan segera sama ada menerima atau menolak tawaran berkenaan.

Tarikh tutup untuk calon-calon berbuat demikian selewat-lewatnya jam 12.00 malam pada 14 Ogos 2016 melalui laman web USM di https://pohon.usm.my.

Calon yang mendapat tawaran berganda di USM, UM dan IPTA lain diminta  memilih sebuah universiti sahaja.

Mereka yang berjaya mendapat tempat dinasihatkan merujuk kepada surat tawaran dan buku panduan siswa baharu yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://pohon.usm.my  dan dicetak untuk maklumat lanjut sebagai persediaan untuk mendaftar.

Calon yang gagal mendapat tempat di USM boleh membuat rayuan melalui Aplikasi E-Rayuan yang dibuka mulai 8 Ogos 2016  laman web yang sama.

Hanya calon yang telah memohon dan gagal mendapat sebarang tawaran ke USM sahaja dibenarkan mengemukakan rayuan (pilihan 2 program sahaja) melalui laman sesawang https://pohon.usm.my dalam tempoh 7 hari selepas keputusan rasmi diumumkan pada hari Isnin lalu.

Rayuan bagi program temuduga hanya dibenarkan kepada calon yang telah hadir sesi temuduga program yang dipohon sahaja kecuali bagi program kejuruteraan dan seni. Tarikh tutup permohonan E-Rayuan juga ialah pada 14 Ogos 2016 jam 12.00 tengah malam.

Calon yang telah mendapat tawaran di mana-mana Universiti Awam tidak boleh mengemukakan rayuannya ke USM.

Untuk kemudahan pemohon, USM menyediakan perkhidmatan Hotline serta e-mel untuk sebarang pertanyaan melalui Talian toll free: 1 300 888 876, Talian terus: 04-6533196, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. serta Perkhidmatan Pusat di  Seksyen Pengambilan Pelajar di Aras 2, Bangunan Canselori, USM Pulau Pinang yang beroperasi  pada hari dan waktu bekerja rasmi iaitu Isnin - Jumaat, jam 8.10 pagi - 5.10 petang.

  • Created on .
  • Hits: 2730

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024