USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“NATURAL PRODUCT EXTRACTION” KETENGAHKAN KEPAKARAN USM

IMG 20160731 WA0003

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Julai 2016 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan seminar  pengekstrakan bahan-bahan semula jadi untuk mendidik peserta  menggunakan prosedur yang ada sebelum  diaplikasi di dalam amalan perubatan yang disertai oleh  60 orang pelajar siswazah, penyelidik, pensyarah, juruteknologi makmal dan juga pegawai sains termasuk dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menurut Pensyarah Kanan PPSK, Dr. Wan Amir Nizam Wan Ahmad, setiap ekstrak yang ingin dihasilkan perlu melalui pelbagai proses sebelum boleh diguna pakai.

IMG 20160731 WA0006

“Apa yang ingin kita sampaikan sebenarnya ialah untuk para peserta faham bahawa bukan mudah untuk sesuatu herba atau bahan semulajadi  digunakan sebagai bahan rawatan kerana perlu melalui banyak proses ujikaji klinikal terlebih dahulu ke atas haiwan sebelum diaplikasikan kepada manusia”, katanya.

Pensyarah PPSK Profesor Madya Dr. Hasmah Abdullah pula menjelaskan ekstrak merupakan pati bahan semula jadi yang boleh memberi manfaat dari segi perubatan untuk masyarakat.

“Walau bagaimanapun, ujikaji saintifik haruslah dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti kandungan yang terdapat dalam sesuatu ekstrak.

IMG 20160731 WA0004

"Dalam proses penemuan ubat berasaskan tumbuhan semulajadi, selain daripada proses yang pelbagai, tempoh pelaksanaannya juga dikatakan mengambil masa yang panjang iaitu bermula dengan pengekstrakan awal sesuatu bahan semula jadi bagi mendapatkan pati utama sehingga menjadi produk akhir," jelasnya lagi.

Para peserta didedahkan dengan latar belakang, cara pengekstrakan, teknik dan lain-lain yang berkait dengan proses pengekstrakan bahan semula jadi termasuk teknik-teknik tradisional dan moden dalam proses pengekstrakan di samping sesi “hands on” melalui demonstrasi  cara-cara untuk mengendalikan instrumen-instrumen dalam sesuatu penghasilan ekstrak semula jadi.

Teks: Nazirah Mahmud & Siti Nur Syamimi Suhaimi (Pelajar Internship USM) / Foto: Abdul Aziz Latif

  • Created on .
  • Hits: 1025

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024