USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

60 PELAJAR SEKOLAH THAILAND SELATAN DIPILIH IKUTI KURSUS BI DI USM

 DSC1800cfh

PULAU PINANG, 18 Julai 2016 - Pemerkasaan bahasa Inggeris diteruskan buat kali-3 di Universiti Sains Malaysia (USM) melalui penganjuran English And Leadership Intensive Camp 3 (ELIC 3) dari 17 hingga 22 Julai 2016.

Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Prof. Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi berkata, kejayaan dan pencapaian kursus kali ketiga penganjuran ini diharap dapat memberi impak pada pelajar dalam memahami, mempelajari dan memperkasakan pemahaman bahasa Inggeris.

"Kursus ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan komunikasi bahasa Inggeris para peserta bukan sahaja untuk akademik malahan perkara lain di zaman global ini," katanya yang mewakili Naib Canselor USM Prof. Dato' Dr. Omar Osman menyampaikan ucapan alu-aluan.

Tambahnya lagi, tenaga pengajar dari USM serta penggunaan fasiliti untuk menjayakan kursus ini dapat memberi pemahaman kepada peserta dengan lebih baik dan berharap kolaborasi ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang.

 DSC1819njj

Kursus ini mendapat tajaan daripada Royal Thai Consulate-General Pulau Pinang dan Southern Border Provinces Administrative Centre.

Sementara itu, Konsul-General Thailand Di Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien pula memberitahu bahawa kursus ini adalah peluang bagi pelajar Thailand untuk merasai pengalaman berharga mempelajari bahasa inggeris di Malaysia khususnya dan di USM amnya.

Jelasnya lagi, kursus ini adalah salah satu nilai tambah bagi kurikulum untuk pelajar-pelajar ini serta juga platform dalam memahami bahasa dan kebudayaan di Malaysia.

Ekajit juga mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada USM dalam membantu menjayakan kursus kali ini.

Seramai 60 pelajar sekolah menengah terpilih dari lima wilayah selatan Thailand dan 6 tenaga pengajar USM terlibat dalam program kali ini.

Selain USM, universiti lain di utara Semenanjung Malaysia yang terlibat termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Kursus ini mendapat kerjasama dari Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) USM, Southern Border Provinces Administration Centre (SBPAC) Thailand, Thai Student Group in Northern Malaysia (TN) dan Thai Student Association in Malaysia (TSAM).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1100

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024