USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AUG KE-18 - ATLET MEMANAH USM SUMBANG 3 EMAS UNTUK MALAYSIA

13710022 1116179545109744 799616493839134059 n

SINGAPURA, 17 Julai 2016 - Atlet memanah Universiti Sains Malaysia (USM), Fatin Nurfatehah Mat Salleh, 25, telah mengharumkan nama universiti Malaysia di kejohanan Asean University Games (AUG) di Singapura apabila menggondol 3 pingat Emas dalam acara Individu, Berpasukan dan Campuran bagi acara Compound Memanah.

Fatin yang berasal dari Sabah adalah atlet memanah negara yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sarjana Sains Sukan di Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Baru-baru ini beliau juga telah menerima Anugerah Olahragawati USM dalam Anugerah Sukan USM serta Anugerah Pasukan Terbaik Wanita Majlis Sukan Negara dan juga telah berjaya mengharumkan nama USM apabila dinobat sebagai Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bagi tahun 2015.

Sepanjang penglibatannya, Fatin telah memenangi beberapa kejohanan dunia iaitu Kejohanan Memanah Piala Dunia 2015, (1 emas berpasukan), Kejohanan Memanah Piala Asia 2015 (1 perak berpasukan dan 1 gangsa individu), Kejohanan Memanah ASEAN 2015 (1 gangsa berpasukan), Sukan SEA ke-28 Singapura (3 emas untuk individu, berpasukan dan campuran).



fatin16

Asean University Games kali ke-18 berlangsung di Singapura dari 9 hingga 19 Julai 2016 melibatkan 11 negara 16 sukan dan Singapura telah

menjadi penganjur sebanyak 3 kali untuk acara sukan yang mengumpulkan para pelajar dari institusi pendidikan tinggi untuk bertanding.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 921

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024