USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HUSIN YAHAYA KETUAI PETUGAS PENYELIDIKAN DAN PENJAJARAN SUMBER MANUSIA

untitledhk

USM, PULAU PINANG, 15 Julai 2016 - Haji Husin Yahaya  dilantik mengetuai pasukan petugas penyelidikan dan penjajaran sumber manusia di Bahagian Sumber Manusia Universiti Sains Malaysia (USM) mulai hari ini berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki beliau selama ini.

Sebelum ini beliau adalah Timbalan Pendaftar di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni.

Husin mula bertugas di USM pada 15 Ogos 1984. Beliau pernah bertugas di  Jabatan Pendaftar, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, dan Bahagian Pembangunan Institusi.

untitledbnkh

untitledgfujg

Beliau akan mengetuai satu pasukan petugas bagi mengkaji semula kerangka dan format Standard Operating Procedure (SOP), diskripsi pekerjaan, format dan fokus latihan pembangunan dan juga mengkaji semula format laporan penilaian prestasi bagi staf pentadbiran USM.

Beliau yang ditemui semasa melaporkan diri kepada Pendaftar, Profesor Dato’ Dr. Abdul Aziz Tajuddin, menyampaikan rasa terima kasih kepada Universiti dan telah menyatakan hasrat membantu Universiti membangunkan keupayaan sumber manusia dalam skop dan peranan yang diberikan.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis perjumpaan yang turut dihadiri oleh Pengarah Sumber Manusia, Dr. Musa Ali serta Pegawai-pegawai Bahagian Sumber Manusia.

Teks: Umi Shuhada Jaafar

Foto: Erman Kamal Mustafa Kamal

  • Created on .
  • Hits: 1054

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024