"USM RUMAH KEDUA KAMI," ALUMNI USM
USM, PULAU PINANG, 6 Julai 2016 - Alumni Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Ghassan Ahmed Ali, 36, dan Dr. Bassam Altamimi, 34, dari Arab Saudi menyifatkan USM dan negara ini sebagai rumah kedua mereka.
Memilih untuk berhari raya bersama-sama rakan-rakan di sini, Ghassan yang kini bertugas kepada pembantu profesor di Najran University Saudi Arabia rasa gembira dapat kembali ke negara ini yang mempunyai banyak kenangan yang sukar dilupakannya sepanjang tujuh tahun berada di negara ini.
"Saya pernah menulis buku tentang kebudayaan Melayu dan umat Islam di sini pada tahun 2011 dalam bahasa Arab untuk diberikan kepada rakan-rakan yang mengkuti pengajian di negara ini khususnya USM dengan kerjasama Pusat Islam," katanya yang ditemui di Masjid Al-Malik Khalid selepas solat sunat Aidil Fitri dan majlis menyampaikan sijil kepada kira-kira 80 orang anak-anak kecil pelajar antarabangsa khususnya dalam kalangan pelajar Arab yang mengikuti pengajian di USM.
Mereka mengikuti program hafazan Al-Quran yang diadakan pada 27 Jun 2016. Sijil-sijil disampaikan oleh Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman.
Menurut Ghassam, beliau sangat tertarik dengan layanan dan budaya rakyat negara ini yang memberi layanan seperti keluarga sendiri sepanjang berada di negara ini.
Isterinya, Manal Ali Ahmed sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.
Bassam pula adalah penolong profesor di Thaibah University, Madinah yang tamat pengajiannya pada peringkat Doktor Fslsafah di Pusat Pengajian Sains Komputer pada tahun 2014.
"Inilah rumah kedua yang ada segalanya dan menyimpan banyak kenangan," katanya yang ditemui pada majilis yang sama.
Jelasnya, di sini saya mempunyai ramai sahabat dan tempat yang dikunjungi dengan budaya, makanan, sikap ramah tamah dan layanan yang sukar dilupakan.
"Saya berbangga dengan USM dan kerana itu berada di sini sejak hujung Ramadan untuk bertemu rakan-rakan dan para pensyarah yang bagitu baik dan sentiasa di hati saya," kata Ghassam.
Kedua-duanya begitu berbangga dengan USM dan sumbangan Pusat Islam yang banyak membantu dan menyatukan pelajar terutamanya dari Timur Tengah ketika mengikuti pengajian di sini.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1371