KOLABORASI USM ADALAH UNTUK MEMBANTU INDUSTRI DALAM PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG
USM berterima kasih atas segala komen dan perhatian yang diberi berkaitan dengan persefahaman dengan sebuah syarikat yang ditandatangani baru-baru ini.
Kami menghargai teguran yang dibuat yang kami percaya berasaskan kepada semangat kita sayangkan USM dan ingin memastikan sentiasa berada pada landasan yang betul.
Dalam kes Memorandum Persefahaman yang ditandatangani tersebut, sebenarnya fokus kita adalah untuk USM membantu meningkatkan daya saing industri tempatan dalam jangka panjang terutamanya kajian inovasi hidrokimia air agar sumber alternatif tempatan dapat dioptimumkan. Umumnya ini adalah inovasi dan penyelidikan keusahawanan dalam jangka panjang universiti dengan industri.
Usaha seperti ini adalah selaras dengan peranan universiti dalam berkongsi kepakaran dan kekuatan yang ada untuk mengukuhkan kedudukan industri dan keusahawanan tempatan.
USM tidak terlibat dalam strategi perniagaan syarikat dan mana-mana industri yang USM berkolaborasi dengannya termasuk pada peringkat antarabangsa.
Malah USM telah mengambil tindakan sewajarnya dengan menasihati dan memberi pandangan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat oleh pihak berkenaan perlu disahkan kesahihannya dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
MOHAMAD BIN ABDULLAH
Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia
- Created on .
- Hits: 983