PKAPUSM ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PULAU PINANG
PULAU PINANG, 14 Jun 2016 - Buat tahun ketiga, Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM) meneruskan majlis berbuka puasa bersama murid-murid Sekolah Pendidikan Khas (Rendah dan Menengah) Pulau Pinang.
Menurut AJK Eksekutif PKAPUSM, Prof. Datuk Dr. Omar Shawkataly, majlis ini diadakan untuk meraikan para murid-murid ini sempena Ramadhan kali ini.
"Semoga majlis sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dalam menjaga kelangsungan hubungan antara USM dan sekolah ini yang sedia terjalin," katanya.
Omar juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan sekolah yang terus memberi sokongan dan bantuan kepada USM dalam menjayakan majlis untuk para murid-murid ini.Turut diadakan adalah pemberian duit raya kepada murid-murid oleh PKAPUSM.
Lebih 100 murid-murid hadir ke majlis ini yang turut dihadiri oleh Presiden PKAPUSM Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy.
Teks & Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 977