USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI SENI HALUS USM ANJUR PAMERAN SENI SPEKTRUM

untitledfgfgh

USM, PULAU PINANG, 10 Jun 2016 – Seramai 14 orang alumni dalam bidang Seni Halus Universiti Sains Malaysia (USM) kembali ke kampus dalam menjayakan Pameran Seni Spektrum sekaligus menganjurkan Reunion Ex-USM Fine Art 1999-2001 di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM baru-baru ini.

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni (PPA) USM, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya yang juga penasihat program, pameran Seni Spektrum ini adalah salah satu daripada usaha universiti untuk terlibat secara langsung dengan alumni yang seterusnya akan mewujudkan hubungan lebih mesra di antara alumni dan alma mater.

“USM melalui PPA juga bersedia untuk membantu memberikan kemudahan-kemudahan seperti pengangkutan, penginapan serta tenaga kerja dalam penganjuran aktiviti-aktiviti alumni,” tambah Wan Jaafar.

untitledfg

Mantan Dekan Pusat Pengajian Seni (PPS) USM, Profesor Madya A. Rahman Mohamed yang merasmikan pameran berkenaan mengucapkan tahniah kepada semua alumni yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

A. Rahman turut sama memanfaatkan kesempatan tersebut dengan berkongsi beberapa pengalaman peribadinya sepanjang menjadi dekan dan pensyarah USM.

Penyelaras pameran Dr. Husaini Yaacob pula merakamkan penghargaan kepada Pusat Perhubungan Alumni, Pusat Pengajian Seni dan MGTF yang  memberikan kerjasama memastikan kelancaran pameran pada tahun ini.

“Selain mengumpulkan bakat-bakat seni yang sedia ada, acara seperti ini juga dapat memberi peluang kepada alumni untuk kembali semula ke kampus yang telah ditinggalkan sekian lama dan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi,” kata Husaini yang juga pensyarah dan alumni PPS tahun 2001.

untitledgfh

Sebanyak 41 karya dipamerkan oleh alumni USM dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk berkongsi hasil karya mereka dengan warga USM dan orang awam bermula 3 Jun sehingga 17 Jun di MGTF secara percuma.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Mohamad Kasyfi Mohamad Taufik.

  • Created on .
  • Hits: 1293

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024