36 PELAJAR HADIR TEMUDUGA YSS
USM, PULAU PINANG, 3 Jun 2016 - Seramai 36 orang pelajar dari institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di zon utara seperti USM, UNIMAP, UUM, POLITEKNIK, IPG, KUISAS dan lain-lain menghadiri temuduga sebagai sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pendidikan Tinggi yang diadakan di sini.
Temuduga yang dikendalikan oleh dua orang Lembaga Pengarah YSS Dato' Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Wan Ahmad Hazman, Mohammad Shahrul Ibrahim dan dibantu oleh sekretariat yang terdiri daripada alumni YSS yang pernah menyertai pelbagai misinya sebelum ini.
Menurut alumni YSS Siti Zurianah Ismail, temuduga tersebut berlangsung dari jam 9:00 pagi sehingga jam 7:30 malam dihadiri oleh calon-calon yang telah mendapat kebenaran dari Bahagian Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni institusi masing-masing yang telah menemuduga mereka terlebih dahulu.
"Pemilihan akan dibuat di peringkat YSS setelah semua zon seluruh negara selesai berbuat demikian," kata Siti Zurianah.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1702