NAIB CANSELOR USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KONSUL JENERAL JEPUN BAHARU
USM, PULAU PINANG, 31 Mei 2016 - Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang yang baharu, Kiyoshi Itoi.
“Saya berharap lebih banyak aktiviti dianjurkan secara bersama antara USM dan kerajaan Jepun dan juga dalam penyediaan tempat untuk pelajar di industri sama ada di Malaysia atau di Jepun.
“USM juga ada menjalinkan hubungan dengan beberapa agensi Jepun seperti Nagaoka University of Technolgy (NUT) dan Toray Industries Malaysia, serta Kyoto University of Foreign Studies (KUFS),” tambah Naib Canselor.
Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada Kiyoshi atas perlantikan tersebut dan berharap akan meneruskan dan mempertingkatkan jalinan kerjasama antara Jepun dan USM.
Menurut Kiyoshi, kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama yang sedia ada serta merancang aktiviti yang dapat dilakukan secara bersama.
“Saya berharap melalui kerjasama dan jalinan ini, lebih ramai pelajar Jepun berpeluang melanjutkan pelajaran di USM dan sebaliknya,” tambah Kiyoshi.
Kiyoshi dilantik sebagai Konsul Jeneral pada 27 April lalu menggantikan Ryuji Noda dan mempunyai pengalaman kerja selama 40 tahun di Jepun dan juga negara-negara luar seperti Thailand dan San Francisco.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 784