SERTAI TRANSLATIONAL CRANIOFACIAL CONFERENCE 2016 (TCC 2016)
BERTAM, 31 Mei 2016 - Kluster Sains Kraniofasial & Biobahan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral dan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Translational Craniofacial Conference 2016 (TCC 2016) dengan tema ‘Enhancing Management of Craniofacial Anomalies through Innovative Solutions’ pada 9 hingga 11 Ogos 2016 di Sains@USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Menurut Pengerusinya, Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, persidangan ini bertujuan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi para delegasi memanfaatkan pengetahuan, menggalakkan pendidikan dan membina kesedaran tentang anomali kraniofasial.
“Selain itu, persidangan ini juga menjadi platform untuk berkongsi perkembangan terkini berkaitan penemuan penyelidikan terkini, amalan dan cabaran yang dihadapi serta penyelesaian untuk menguruskan masalah kraniofasial.
“TCC 2016 mempelawa para penyelidik, saintis tempatan dan luar negara, pakar-pakar untuk berbincang dan berkongsi pengetahuan dalam bidang Biomaterials, Medical Devices and Implant, Drug Delivery Systems, Genetics and Molecular Biology, Stem Cells and Tissue Engineering, Craniofacial Growth and Development, Psychosocial Aspects of Craniofacial Disorder, Management of Craniofacial Anomalies,” tambahnya lagi.
Untuk maklumat lanjut berkenaan persidangan ini, sila layari laman web berikut (http://www.amdi.usm.my/tcc2016) dan facebook (www.facebook.com/tcc2016).
Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
- Created on .
- Hits: 901