USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PRODUK MULTIFUNCTIONAL ECO-RUBFOAM RANGKUL PINGAT EMAS, TIGA ANUGERAH KHAS DI EUROINVENT 2016

13237844 1081883431872689 4389713494517901766 n

ROMANIA, 22 Mei 2016 - Produk MultiFunctional Eco-RubFoam hasil inovasi pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Hanafi Ismail mencipta kejayaan di pameran The 8th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2016) di Iasi, Romania dari 19 Mei hingga 21 Mei 2016.

Produk tersebut menggondol anugerah pingat emas dan juga tiga anugerah khas juri antarabangsa dari Highly Innovative Unique Foundation Saudi Arabia dan Universitatea Tehnics Din Cluj-Napoca Romania.

Hanafi bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi dan akan terus memberi sumbangan kepada USM melalui kejayaan seperti ini.

13254135 1081883405206025 7634794001067821114 n

Hanafi turut diundang sebagai penceramah jemputan dalam International Conference on Innovative Research (ICIR 2016) yang berlangsung serentak dengan pertandingan pameran di EUROINVENT 2016 ini.

EUROINVENT merupakan persidangan, pameran dan promosi kreativiti dan inovasi serta penganugerahan antarabangsa yang berprestij di Eropah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Prof. Dr. Hanafi Ismail

  • Created on .
  • Hits: 779

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024