USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEKAD DAN AZAM BAKAL SEORANG GRADUAN

 DSC9960

USM, PULAU PINANG, 12 Mei 2016 – Keazaman untuk membantu keluarga serta status Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi pendorong kepada pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ang Tian Jun, 20, untuk memohon melanjutkan pelajarannya di USM.

Menurut Tian Jun, dia memohon USM kerana percaya status APEX dan pencapaiannya sebagai sebuah universiti penyelidikan yang ulung boleh membantunya mencapai cita-citanya.

“Antara faktor yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan memohon universiti kerana tanggungjawab untuk memperbaiki taraf hidup keluarga,” katanya ketika ditemui menghadiri temu duga bagi Program Sarjana Muda Ekonomi sidang akademik 2016/2017 di sini, baru-baru ini.

Tian Jun, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. George, Perak berkata, selain tertarik dengan status USM sebagai universiti APEX, dia juga ingin memberi contoh yang baik kepada adik-adiknya yang masih bersekolah.

“Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, saya berharap agar kejayaan saya membuatkan seluruh ahli kelurga bangga memandangkan saya orang pertama dalam keluarga yang mempunyai harapan untuk menjejakkan kaki ke menara gading,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Amin Karim berkata, pengambilan pelajar pada kali ini berdasarkan pencapaian yang terbaik dan mendapat permohonan yang banyak kerana status USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia.

Seramai 229 calon yang ditemu duga dalam Program Sarjana Muda Ekonomi pada 9 dan 10 Mei 2016.

Teks: Aishah Hanis Azmi (Pelajar Internship USM) / Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 643

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024