322 CALON SARJANA MUDA PERGIGIAN USM HADIRI TEMUDUGA
KUBANG KERIAN, 11 Mei 2016 - Seramai 322 orang bakal calon pelajar Sarjana Muda Pergigian menghadiri sesi temuduga hari ini bagi pengambilan pelajar baharu Sidang Akademik 2016/2017 di Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari dari seluruh negara.
Hamssavani A/P Selvaraj, 19, pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak berasa bertuah kerana terpilih menghadiri temuduga tersebut.
“Sejak awal lagi saya berhasrat untuk menjadi pelajar USM kerana kagum dengan pencapaian USM yang telah mendapat pengiktirafan Universiti APEX dengan pencapaian yang membanggakan,” katanya.
PPSG turut mengadakan Hari Terbuka dengan pelbagai gerai jualan bagi memberi kemudahan kepada keluarga bakal pelajar USM, staf dan orang awam.
Teks / Foto : Abdul Aziz Latif
- Created on .
- Hits: 1186