USM CADANG PENTAS NISYA KHALED DI UK DAN ANJUR KOLOKIUM DI UK DAN EIRE
PULAU PINANG, 11 Mei 2016 - Dalam lawatan ke United Kingdom semalam, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman telah bertemu dan berbincang dengan 12 orang felo Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (ASTS) USM yang sedang berada di sekitar London mengikuti pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) atau pun mereka yang ditempatkan di makmal-makmal termaju di London seperti di Oxford University, Cambridge University, University of Reading dan Imperial College.
“Dalam perbincangan itu saya bersetuju untuk mengadakan program Kolokium Penyelidikan di UK and Eire oleh Felo USM ini dengan kerjasama Education Malaysia UK dan Eire pada awal tahun hadapan.
“Kolokium ini akan melibatkan kepakaran dari universiti-universiti di UK untuk menerokai bidang-bidang yang mempunyai potensi cerah pada masa hadapan apatah USM mempunyai kira-kira 60 felo ASTS pada peringkat Ph.D dan beberapa orang lagi yang mengikuti program-program kolaborasi USM dengan universiti-universiti di UK dan Eire,” jelas Omar.
Tambahnya lagi, perancangan juga sedang dibuat untuk mengadakan pementasan produksi USM Teater Nisha Khaled dengan kerjasama beberapa agensi dan penaja untuk tujuan pengantarabangsaan teater USM di London.
Yang turut sama dalam program kolaborasi dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di London dan Bath ialah Pengarah Education Malaysia UK dan Eire Profesor Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi.
"USM diijangka dan berharap akan terus bekerjasama dengan Education Malaysia ini untuk mengukuhkan program-program kolaborasi akademik dan penyelidikan di UK dan Eire,” kata Omar.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 979