USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM ANEKARAGAM PKI 2016 - BERHIBUR SAMBIL BERAMAL

PULAU PINANG, 7 Mei 2016 - Sebahagian daripada hasil jualan tiket Malam Anekaragam 2016 anjuran Persatuan Kebudayaan India USM (PKIUSM) disumbangkan kepada Sekolah Pendidikan Khas Harapan PEKTAS Seberang Prai Utara.

Menurut Pengarah Projek Malam Anekaragam 2016, Arvind Karthik, tiket dijual dengan harga RM15.00 sehingga RM 100.00 dan dana berjumlah RM8,000.00 disumbangkan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah tersebut.

“Pada tahun ini, tema Malam Anekaragam 2016 adalah  ‘Chinna Thirayil Oru Vellithirai’ yang bermaksud ‘Drama yang Berjaya’ dan kami menjemput penyanyi dari India iaitu Diwakar yang telah mencetuskan fenomena apabila menjuarai Super Singer S4 di India,” kata Arvind.

Malam Anekaragam 2016 dirasmikan oleh  Setiausaha Indian Chamber of Commerce, Datuk SST Muniandy dan hadir sama ialah Penasihat PKIUSM yang juga Pensyarah Pusat IPV6 Termaju Negara (NAv6) Dr. Selvakumar Manickam dan wakil penyumbang dari FX Action Team International.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 834

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024