USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM 1981-1987 DIJEMPUT PERJUMPAAN SEMULA

fghfhtu

USM, PULAU PINANG, 9 Mei 2016 - Bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terutamanya yang berijazah sekitar tahun 1981-1987 dijemput untuk bertemu rakan-rakan lama dalam satu perjumpaan Reunion (RU) yang dijangka diadakan pada 27-29 Mei 2016 ini bertempat di kampus USM.

Menurut jurucakap kumpulan ini Sayed Azlan Sayed Ahmad, RU ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan rakan-rakan alumni yang telah lama terpisah dan sebahagian besarnya tidak bertemu sejak tamat pengajian.

“Sekarang adalah masanya untuk kita sama-sama kembali berjumpa apatah lagi ramai yang mengukir kejayaan untuk kembali ke kampus universiti untuk bersama-sama bertemu bukan sahaja dengan rakan-rakan tetapi juga para pelajar dan komuniti kampus yang sedia ada,” katanya.

Siswazah Komunikasi Massa USM 1985 itu berharap ramai yang akan mengambil bahagian dalam perjumpaan yang julung-julung kali diadakan ini.

Para alumni USM tersebut diminta menghubungi 013-5187730 (Sayed Azlan), 014-6008063 (Nazru Hj. Ismail) atau 019-4563006 (Mohamad Abdullah) untuk mengesahkan kehadiran dan mendapatkan maklumat lanjut.

  • Created on .
  • Hits: 882

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024