USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM MENANG REKA BENTUK BANGKU STESEN MRT

untitled 6

PULAU PINANG, 8 Mei 2016 - Pelajar Tahun 3 kursus Seni Bina Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) Universiti Sains Malaysia (USM), Chan Lee Kang  memenangi salah satu daripada hadiah utama dalam MMC-Gamuda KVMRT Art Express Bench Design Competition 2015 baru-baru ini.

"Memenanginya adalah sesuatu yang bermakna kerana kejayaan ini di luar dugaan sama sekali," katanya.

Tambah Chan, bukan mudah untuk menghasilkan rekaan yang dapat meyakinkan para pensyarah dan kemenangan ini meyakinkannya untuk terus menghasilkan idea reka bentuk yang lebih baik pada masa hadapan.

"Kemenangan ini telah menyuntik semangat dan motivasi untuk memperbaiki kebolehan reka bentuk bagi menyertai pertandingan lain kelak," jelasnya.

Chan juga telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan reka bentuk rumah mampu milik PAM PR1MA sebelum ini.

Selaku pemenang bagi reka bentuk bangku untuk Stesen Pasar Seni, Chan membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000 beserta sijil.

untitledgfh56

Pertandingan ini adalah berkonsepkan mereka bentuk bangku bagi kegunaan penumpang MRT di 6 buah stesen bawah tanah untuk laluan MRT Sungai Buloh ke Kajang (SBK Line).

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman, Reka Bentuk Produk dan Reka Bentuk Industri di institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) / Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Pertandingan ini disertai oleh pelajar dari 19 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara dan sebanyak 133 reka bentuk bangku diterima oleh pihak penganjur dari 1 Jun 2015 hingga 31 Disember 2015 yang dianjurkan oleh MMC-Gamuda.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024