NAIB CANSELOR USM UCAP TAHNIAH KEPADA FELO ASM
USM, PULAU PINANG, 6 Mei 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman mengucapkan tahniah kepada 3 orang ahli akademik dan saintis USM yang dilantik sebagai Felo baharu Akademi Sains Malaysia (ASM).
Presiden ASM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali baru-baru ini mengumumkan felo-felo baharu sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21 akademi itu termasuk tiga orang dari USM iaitu mantan Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Profesor Datuk Ir Dr. Mahyuddin Ramli, mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik Profesor Dr. Zainuriah Hassan dan mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Che Mahmood.
Pelantikan ini adalah untuk menghargai sumbangan mereka dalam bidang masing-masing selama ini dan membantu ASM meneruskan usaha akademi selama ini.
Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil adalah Penolong Naib Canselor (Kecemerlangan Institusi) manakala Profesor Dr. Zainuriah kini adalah Pengarah Institut Penyelidikan Teknologi Nano-Optoelektronik (INOR).
Menurut Omar yang kini sedang mengadakan lawatan kerja rasmi di Republic Czech, perlantikan ini ialah penghormatan tinggi kepada penyelidik dan ahli akademik universiti khususnya USM.
“Saya berharap, ini akan menjadi pendorong untuk mereka terus menyumbangkan tenaga, kepakaran serta pengalaman untuk pemajuan Sains dan Teknologi dan membantu memperkasakan budaya saintifik dan penyelidikan dan inovasi negara,” kata Omar.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 955