USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKAN MEDIK INTERVARSITI USM MEMPERTEMUKAN 164 ORANG PELAJAR JURUSAN PERUBATAN

thumbnail IMG 20160503 WA0012

KUBANG KERIAN, 29 April 2016 – Penganjuran Sukan Medik Intervasiti di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) mempertemukan 164 orang pelajar jurusan perubatan daripada lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam bidang sukan.

Universiti yang terlibat terdiri daripada USM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Menurut   Timbalan Dekan Pelajar dan Jaringan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) selaku Penasihat Sukan Medik Intervarsiti USM, Profesor Dr. Din Suhaimi Sidek, penganjuran sukan ini dapat memberikan para pelajar dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri setiap para peserta sebagai bekalan sebelum bergelar seorang doktor di samping mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi.

thumbnail IMG 20160503 WA0010

“Saya yakin dengan penganjuran sukan ini dapat melahirkan para atlet di kalangan pelajar perubatan yang berprestasi tinggi agar tahap kecerdasan dan kecergasan diri dapat berada di tahap yang maksimum,” katanya ketika merasmikannya di Dewan Utama, USM, Kampus Kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Sukan Medik Intervasiti Muhd Amin Amir Hamzah berkata, penganjuran sukan ini mencapai objektif dengan menjalinkan hubungan kerjasama antara satu sama lain dalam bidang akademik malahan bidang ko-kurikulum.

“Sukan ini berlangsung selama tiga hari dari 29 April – 1 Mei 2016. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring dan bola tampar (lelaki  dan perempuan),” ujar Pelajar Perubatan Tahun 1, PPSP itu.

IMG 20160503 WA0011

Tambah Muhd Amin, sukan ini juga mampu membuktikan bahawa pelajar perubatan yang terlalu padat dengan jadual akademik mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam bersukan dan juga dapat melahirkan para doktor perubatan yang mampu bergerak secara berkumpulan dengan memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam diri masing-masing.

Teks/Foto: Wan Salizawati Wan Ismail/Mohammad Hairol Rasli

  • Created on .
  • Hits: 751

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024