USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

1,160 ORANG GRADUAN TERIMA IJAZAH KONVOKESYEN KE-53

USM, PULAU PINANG, 27 April 2016 – Seramai 1,160 orang graduan akan menerima ijazah dalam Upacara Konvokesyen Ke-53 Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan diadakan pada hari Sabtu, 30 April 2016 di Dewan Tuanku Syed Putra USM Pulau Pinang.

Canselor USM, D.Y.M.M Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail akan menyampaikan ijazah kepada 260 orang siswazah yang terdiri daripada Ijazah Kehormat, Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Kesihatan Awam, Doktor Pendidikan, Doktor Pentadbiran Perniagaan serta 150 graduan sarjana pada sidang pertama yang akan bermula jam 10.00 pagi.

Manakala Sidang Kedua pula akan diadakan pada jam 3.00 petang pada hari yang sama, yang dipengerusikan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang akan menyampaikan ijazah kepada 342 orang graduan sarjana dan 408 graduan Ijazah Sarjana Muda.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amcorp merangkap Pengasas Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Konvokesyen ke-53 USM.

Keseluruhannya USM telah menghasilkan hampir 153,000 siswazah merangkumi siswazah ijazah tinggi dan ijazah pertama.

Teks: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1216

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024